Kumpulan Kata-kata Hikmah

Posted by IWAN MUTTAQIN Minggu, 02 Oktober 2011 1 komentar
Kata-Kata Hikmah


  • Ilmu adalah petunjuk amal, faham adalah peti ilmu, akal adalah pemimpin bagi kebaikan, nafsu adalah kapal dosa, harta adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong, dan dunia adalah pekan akhirat.
  • Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ke syurga
  • Gantungkan cita-citamu setinggi langit. Sekiranya ia jatuh, ia jatuh di puncak gunung bukannya di lembah jurang
  • Walaupun dunia berada dalam genggaman, namun akhirat tetap di hati, walau setinggi mana darjat kita di dunia ini, hati tetap menghambakan diri pada Allah yang maha kuasa, semulia mana diri kita, ke tanah jua kita akhirnya…
  • Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang digapai, ku melilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki.
  • Kata-Kata Hikmah – Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan — Imam Al-Ghazali
  • Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat… dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat.
  • Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Sebesar-besar ibadat ialah berfikir tentang Allah
  • Jadilah hamba kepada pahala, jangan jadi raja kepada dosa, supaya kita mampu untuk mengejar nikmat syurga dan tidak pula dikejar azab neraka. Kasih abadi… kasih Ilahi, kasih hakiki… kasih nabi, kasih sejati… Kasih ibu, kasih suci… kasih sesama sendiri.
  • Kata-Kata Hikmah – Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan tindakan pula tidak akan menghasilkan suatu apapun kecuali kekecewaan..
  • Barangsiapa melakukan ketaatan dalam keadaan menangis, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga dalam keadaan ketawa
  • Hanya lidah yang mampu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, ayunan kedua belah tanagn, langkah kedua-dua kaki dan sikap tubuh atau seluruh anggota badan akan membohongkan apa yang diucapkan oleh lidah.
  • Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu itu
  • Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak
  • Kata-Kata Hikmah – Bukanlah kemiskinan itu dari tiadanya harta, tetapi kemiskinan itu adalah miskin hati dan jiwa dari keimanan. Bukanlah kekayaan itu dari banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati dan jiwa dengan keimanan
  • Keindahan bunga pada mekar kuntumnya, keindahan kata pada puitisnya, keindahan langit pada pelanginya, keindahan manusia pada akalnya
  • Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu, relakan pemergiannya. Andai kata dia kembali padamu, sesungguhnya takdir telah menentukan dia untuk kau. Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah, ketentuan takdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi.
  • Insan yang berjiwa hamba adalah menggunakan akal dan roh dalam hidupnya, insan yang berjiwa binatang adalah menggunakan roh dan jasad dalam hidupnya, insan yang berjiwa akal, roh dan jasad dalam hidupnya adalah di sisi Allah

Terimakasih Atas Kunjungan Sahabat Cilibur Inspirasi
Judul: Kumpulan Kata-kata Hikmah
Ditulis oleh IWAN MUTTAQIN
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi Saahabat Cilibur Inspirasi, Jika Sahabat Cilibur ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://ciliburkerajan.blogspot.com/2011/10/iwan-cconut-trezz.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini. Salam Sahabat Cilibur Inspirasi dan Sukses Selalau

1 komentar:

Sinta Cute mengatakan... Balas Command

Tambah Kata-katanya Lagi Donk, Tapi Tentang Cinta...,

Posting Komentar

Commanlah dengan Bahasa yang Sopan dan baik

By: Cilibur Inspirasi
FB:Facebook
TWET: Twiiter

QR Code Cilibur Inspirasi

QR Code Cilibur Inspirasi
Iwan Cilibur support Terbitkan Puisimu - Modify by Cilibur Inspirasi | Copyright of CILIBUR INSPIRASI.

Logo Cilibur inspirasi

Klik cek this out !
Ganti Ukurannya agar sesuai dengan Blog sahabat (width:150px; height:150px)

Mengenai Saya

Foto saya
Nama saya Iwan Muttaqin. Saya terjun di dunia Blogging sejak 20 Mei 2010 sampai sekarang. Maksud dan tujuan

Followers